sijil SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN

Pengenalan

Program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan latihan kemahiran berkaitan penggunaan teknologi dalam sistem komputer dan teknologi rangkaian dengan pelaksanaan kursus teknikal Senibina & Pemasangan Komputer, Sistem Operasi, Teknologi Rangkaian, Pentadbiran Rangkaian, Pentadbiran Server, Rangkaian Komputer dan Keselamatan dan Mobile Apps & Technology.

Peluang Kerjaya

  • Juruteknik Komputer
  • Juruteknik Rangkaian
  • Pentadbir IT
  • Pembantu Rangkaian Komputer
  • Juruteknik Perkhidmatan IT

Syarat Kemasukan

  • Warganegara Malaysia
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara***
  • *** Bermula SPM 2013, Syarat LULUS SPM ialah lulus matapelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah

Sebarang pertanyaan boleh hubungi 09-5498811